Monday, August 12, 2019

SSLee: Many ills of Malaysia politics

Source: https://klse.i3investor.com/blogs/Sslee_blog/219016.jsp

Dear all,
Just sharing a comment I posted at Tun Mahathir Blog.
Wishing all our Muslim Brothers and Sisters, “Selamat Hari Raya Haji” and for all, a Happy Holiday.
http://chedet.cc/?p=2965#comment-145333
Dear PM Tun Dr. Mahathir,
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/08/01/enough-succession-talk-kadir-says-in-veiled-dig-at-azmin/
On July 29, Azmin thanked PAS and Umno for ignoring their differences with Mahathir in urging the prime minister to stay on until the end of the term.
Kadir said the stand by Umno and PAS should not be seen as a statement in support of Mahathir. “For the Umno-PAS combination, breaking up PH is a key objective,” he said.
He added that there are more pressing matters to attend to than discussing something which has already been agreed on.

“Mahathir has said repeatedly that a Cabinet reshuffle is not on the cards and that he will keep his promise of transferring power to Anwar,” he said.

Veteran newsman A Kadir Jasin has my utmost respect as he speak his mind without fear and favor and at time to his own detrimental, this is what a true adviser/friend for.  Beware with those who praise you with their hidden agenda. “ada udang di balik batu”
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/07/13/after-hitting-90-dr-m-pens-poem-wonders-if-malaysia-and-race-will-return-to/932723

Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu
Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/01/04/tun-betulkah-melayu-malas/

Tun, betulkah Melayu malas? Tajuddin Rasdi - January 4, 2019 7:00 AM
Saya tidak pernah lihat Melayu malas. Yang saya lihat Melayu perasuah, ramai. Yang saya lihat Melayu pagar makan padi, berlambak. Yang saya lihat pemimpin Melayu melaungkan ketuanan Melayu dan keagungan Islam, tetapi merompak khazanah negara yang boleh diagihkan kepada anak-anak Melayu, Cina, Kadazan, Orang Asli miskin, yang ini memang banyak dalam satu parti…tak salah saya, parti Tun sendiri suatu ketika dahulu!

Saya boleh bersetuju dengan Tun bahawa Melayu malas berfikir. Buat apa fikir pasal agama, ustaz kan ada, ustazah pun ada, dengar ceramah sajalah. Buat apa fikir Islam dan modenisasi, kenapa rajin pergi surau, selalu pergi umrah, kerap pergi haji, bersih putih masuk syurgalah Melayu semua.
Melayu malas berfikir tentang pelaburan jangka jauh, ini saya setuju dengan Tun. Memang Tun kata benar, kalau Melayu dapat duit banyak, tengok saja keretanya, barang kemas baju wanitanya, “shopping”, “travel” pun cukup hebat. Pelaburan pendidikan tak buat. Sebab? Tak apalah, ada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sekarang, kita tengok kenapa Melayu tak boleh maju? Tun kata banyak program dilaksanakan, Felda, Felcra, Mara, Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) serta banyak lagi, tetapi siapa yang kaya-raya? Pemimpin Umno dan kakitangan kerajaan yang mengurus.
Pekebun tak kaya pun, yang teruk mengait buah kelapa sawit tak kaya pun. Peladang padi lebih kurang macam dulu juga.

Tun, sebenarnya kegagalan sistem politik dan pentadbiran Melayu yang bersekongkol membiarkan rasuah dan salah guna kuasa berleluasa.

Melayu tak malas. Pelajar Melayu tak malas, petani Melayu tak malas, guru Melayu tak malas, peniaga Melayu tak malas dan pensyarah Melayu pun tak malas. Kelemahan mereka adalah fikiran di bawah tempurung, tidak kritis, tidak luas dan tidak berfikir di luar kotak. Itu memang betul.

Tetapi, yang merosakkan peluang-peluang bagi orang Melayu berfikir, berpotensi dan berinspirasi adalah pemimpin-pemimpin Melayu Umno, PAS dan mungkin selepas ini, PPBM.

Yang mengkayakan diri dan seperti pagar makan padi adalah kakitangan kerajaan yang kebanyakannya Melayu. Ini sebenarnya penyakit orang Melayu. Tak payah buat kajian PhD, sudah terang-terang di depan mata kita.

Tetapi, orang Melayu masih terkongkong dengan penjilat, pembohong dan pemimpin politik, agama serta kerajaan Melayu yang asyik mendendangkan Melayu terancam oleh orang bukan Melayu dan Melayu masih tidak cukup kuasa ekonomi. Itu masalah sebenar Tun

Bukan orang Melayu malas Tun, tetapi sikap dan pemikiran sempit. Orang Melayu kalau nak berjaya senang saja, buang pemimpin Umno, PPBM (terutamanya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman) dan PAS yang mengongkong pemikiran dan sikap terhadap masalah sebenar orang Melayu.

Bila kepimpinan Melayu buat salah, cendekiawan Melayu di universiti diam membisu, dapat jadi naib canselor, naik pangkat profesor. Bila kepimpinan Melayu rasuah, orang agama tidak sentuh pun dalam khutbah Jumaat.

Melayu tak malas Tun, yang salah ialah kepimpinan Melayu seperti pepatah Melayu, harapkan pagar, tetapi pagar pula yang membaham padi. Bukan sedikit yang dibahamnya, tetapi banyak!

Tun, Tajuddin Rasdi seorang profesor di UCSI had said what needed to be said on the root cause of the many ills befalling Malaysia. It is now up to the good doctor Tun to prescribe the bitter medicine to cure the many ills of Malaysia. Quote, “Kita perlu telan ubat pahit untuk membaiki diri kita. Tetapi, kita perlu beli ubat daripada profesional, bukan daripada P Ramlee atau AR Tompel dalam filem klasik Melayu. Unquote”


Thank you

Yours truly,
SS LEE

No comments:

Post a Comment